Tuesday, May 21, 2013

Soal jawab kehamilan


Dipetik daripada Pa&Ma September 2012


Sebaik sahaja disahkan hamil, kebiasaannya anda akan diselubungi 1001 persoalan tentang suka duka kehamilan. Bersama Dr. Mohamad Rafi daripada Hospital UMRA, Shah Alam untuk mendapatkan jawapannya.

Mama:
Benarkah vitamin ibu mengandung seperti Obimin boleh menyebabkan kandungan besar sekali gus menyukarkan kelahiran?

Dr. Rafi:
Tidak sesekali. Vitamin ibu mengandung bertujuan untuk menambah tahap darah merah ibu bukannya untuk membesarkan bayi. Sekiranya ibu kurang darah dan kelihatan pucat, pendarahan sewaktu kelahiran mungkin boleh berlaku dan ia membahayakan. Bayi yang besar banyak bergantung kepada baka atau adakalanya ibu menghidap diabetes.

Mama:
Apa penyelesaian terbaik jika waktu hamil tahap hemoglobin tetap rendah?

Dr. Rafi:
Biasanya kalau ibu nampak terlalu pucat sebelum bersalin, doktor akan memasukkan darah. Ini terpaksa dilakukan jika tahap hemoglobin tetap rendah walaupun sudah ambil supplemen dan makanan yang boleh menambahkan darah.

Mama:
Bolehkah bersalin normal jika sebelum itu pernah melahirkan secara caesarean?

Dr. Rafi:
Boleh sekiranya ibu hanya pernah sekali melalui kelahiran caesarean. Jika sudah dua kali caesarean, memang tidak dibenarkan langsung. Kebanyakan kelahiran normal berjaya selepas caesarean bergantung kepada sebab mengapa ibu perlu melalui kelahiran caesarean sebelum ini. Mungkin tulang punggung sempit, peluang untuk bayi keluar susah. Jika uri bawah atau masalah songsang boleh berjaya tetapi ada risiko tertentu. Kalau mahu cuba bersalin normal, perlu diketahui dalam 200 wanita, seorang daripada berisiko mengalami pecah rahim.

Mama:
Apakah teknik meneran yang betul?

Dr. Rafi:
Cara setiap wanita meneran adalah berbeza. Apa yang paling, ibu perlu meneran seperti hendak membuang air besar. Ramai yang meneran sehingga muka merah. Apatah lagi kalau menjerit. Ibu tidak boleh meneran. Itu salah! Setiap kali meneran, kepala perlu menunduk sedikit. Tarik nafas dan tahan nafas seperti hendak membuang air besar.

Mama:
Benarkah banyak berjalan sebelum melahirkan akan memudahkan proses bersalin?

Dr. Rafi:
Ya dan tidak. Banyak berjalan sebenarnya dapat merangsang otot menjadi lebih kuat. Jika hanya berbaring tanpa melakukan aktiviti fizikal, ia menyukarkan proses kelahiran kerana otot lemah. Selain berjalan, aktiviti fizikal yang biasa dilakukan setiap hari sudah memadai. Yang penting, jangan melakukan aktiviti yang boleh mencederakan diri sendiri.

Mama:
Bagaimana caranya untuk mengetahui kontraksi yang sebenar?

Dr. Rafi:
Kontraksi biasanya sakit dan akan bertambah kekerapannya. Manakala kontraksi palsu tidak sakit dan kekerapannya sama atau stabil. Doktor dapat mengesan kontraksi dengan menggunakan mesin CTG atau melalui ujian faraj. Jika ibu sakit dan tidak senang hati, lebih selamat jumpa doktor daripada buat keputusan sendiri.

Mama:
Bolehkah demam panas yang dialami ibu memberi kesan kepada bayi yang dikandung?

Dr. Rafi:
Jika demam terlalu panas, adakalanya boleh menjejaskan bayi tetapi biasanya tidak memberi masalah besar.

Mama:
Bagaimana caranya untuk mengetahui ubat yang diambil ketika mengalami demam, batuk, selesema atau sakit ringan yang lain selamat dan tidak menjejaskan bayi?

Dr. Rafi:
Kebanyakan ubat selamat (99%). Jika ibu demam dan tidak mahu makan ubat, ia lebih memudaratkan  daripada makan ubat untuk meredakan demam. Demikian juga halnya dengan ubat batuk dan selesema. Malah, kebanyakan antibiotik selamat. Hanya ada sebilangan kecil sahaja tidak boleh dimakan oleh ibu hamil.

Mama:
Sewaktu hamil, terasa sakit di bahagian tertentu tetapi apabila berjumpa doktor pakar, beliau mengatakan tiada apa-apa. Apa cara untuk mengetahui kesakitan yang dialami serius atau sebaliknya?

Dr. Rafi:
Kebanyakan doktor hanya risau dengan sakit yang diadu ibu akibat kontraksi pra matang dan kencing kotor. Kedua-duanya adalah sakit yang paling kerap ditemui. Selebihnya ialah sakit yang disebabkan oleh batu karang, apendiks dan hal-hal yang tidak berkaitan dengan kehamilan. Ada juga yang mengadu sakit belakang. Ini disebabkan oleh tulang belakang menjadi bengkok kerana pembesaran rahim. Ligamen yang menegang juga boleh menyebabkan sakit. Biasanya sakit sebegini tidak merbahaya tetapi ada baiknya jika dapatkan pemeriksaan doktor terlebih dahulu.

Mama:
Bolehkah mengambil supplemen herba dan hemopati selain daripada ubat yang dibekalkan doktor?

Dr. Rafi:
Kementerian Kesihatan sudah mengeluarkan kenyataan bahawa sesetengah ubat herba dan hemopati boleh membahayakan ibu. Ini kerana ada bukti yang menunjukkan ada kesan buruk selepas pengambilan ubat herba dan hemopati tertentu.

Mama:
Kebanyakan makanan perlu diambil secara sederhana. Bagaimana untuk mengetahui sama ada sesuatu makanan itu sudah lebih daripada mencukupi terutamanya kopi, minuman berkarbonat dan makanan yang boleh mendatangkan mudarat kalau diambil berlebihan?

Dr. Rafi:
Setiap makanan memang perlu diambil secara sederhana. Sesetengah makanan seperti sayur-sayuran jika diambil berlebihan, tidak akan mendatangkan masalah. Apa yang menjadi masalah ialah jika ibu menghidap diabetes dan menambah terlalu banyak karbohidrat dan manisan, ia boleh menjejaskan kesihatan diri dan bayi.  Ada kajian yang membuktikan jika ibu mengambil kopi lebih daripada sembilan gelas sehari sepanjang sembilan bulan kehamilan boleh memudaratkan. Namun, jarang sekali ibu mengandung minum kopi dalam jumlah sebegini banyak setiap hari sepanjang hamil. Jadi, jika diambil dalam jumlah yang sedikit, tiada apa-apa masalah. Apa yang penting ialah bersederhana.

Mama:
Benarkah dengan minum air soya kulit anak cerah dan jika minum air kopi anak akan berkulit gelap. Apa kaitan pemakanan dengan warna kulit anak?

Dr. Rafi:
Cerah atau gelap anak itu bergantung kepada bakanya. Tiada ubat atau makanan yang boleh buat bayi yang dikandung cerah atau gelap.

Mama:
Berapa banyak kalori yang perlu ditambah sepanjang hamil terutamanya di awal kehamilan. Apa panduan untuk mengawal pemakanan dan berat badan semasa mengandung?

Dr. Rafi:
Waktu mengandung jangan makan untuk “berdua”. Elak daripada menambah terlalu banyak berat badan. Kenaikan berat badan perlu ikut jumlah yang telah ditetapkan bagi setiap bulan kehamilan. Jika kenaikan terlalu banyak, akan ada masalah seperti ibu mungkin menghidap diabetes. Ibu juga mungkin susah meneran kerana ruang untuk bayi keluar kurang.

Jadi, ibu perlu mengawal pemakanan dengan mengamalkan pemakanan seimbang dan mengurangkan manis-manisan dan karbohidrat yang menjadi punca kenaikan berat badan.

Mama:
Benarkah morning sickness hanya berlaku di waktu pagi sahaja. Dan mengapa tidak semua wanita mengalaminya?

Dr. Rafi:
Morning sickness adalah alahan yang disebabkan oleh hormon ibu mengandung. Jadi, ia tidak semestinya terjadi pada waktu pagi sahaja. Kebanyakan wanita akan mengalami alahan ini mulai awal mengandung sehingga maksima minggu ke-10 dan sepatutnya minggu ke-14 sudah tiada lagi masalah ini. Namun, ada juga yang mengalaminya sehingga hari kelahiran. Memandangkan ia sejenis alahan, jadi tidak semua wanita mengalami masalah ini.

Mama:
Apa kaitan kalsium dengan kekejangan terutamanya di akhir kehamilan?

Dr. Rafi:
Fungsi kalsium dalam mengatasi kekejangan tidak dapat dibuktikan 100% tetapi kebanyakan ibu yang mengalami kekejangan akan bertambah baik setelah mengambil suuplemen kalsium yang mencukupi.

Mama:
Betulkah sewaktu mengandung tidak boleh cabut gigi?

Dr. Rafi:
Sebagai doktor, saya galakkan setiap wanita kerap periksa gigi dan jika ada apa-apa masalah sebaiknya masalah itu diatasi sebelum mengandung tetapi jika kebetulan sudah mengandung, ada baiknya cabut gigi berkenaan segera daripada menunggu sehingga hampir waktu bersalin. Ditegaskan! Tiada apa-apa masalah jika ibu mengandung mencabut giginya sewaktu hamil.

Mama:
Apakah yang menyebabkan bayi menghidap jaundis selepas kelahiran?

Dr. Rafi:
Penyebab jaundis tidak dapat dipastikan 100%. Namun, jamu dipercayai dapat memburukkan lagi jaundis. Bagi ibu yang memiliki anak menghidap jaundis selepas lahir dinasihatkan agar tidak memberikan susu kambing bagi menurunkan paras jaundis. Ini kerana susu lembu yang sudah diproses untuk bayi pun tidak digalakkan untuk diberi kepada bayi, ini kan pula susu kambing segar. Bayi mungkin boleh dapat alahan yang teruk dan ususnya berbelit. Masa kini ramai bayi terkena jaundis berbanding dahulu. Ini mungkin disebabkan oleh pencemaran alam dan makanan yang banyak tercemar dengan bahan kimia.

Shaklee mencadangkan ibu-ibu mengandung mengambil suplemen berikut untuk membantu kecergasan, kesihatan dan keceriaan di sepanjang kehamilan.


Monday, May 20, 2013

Surah-surah pilihan untuk ibu mengandung

Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia semua!

Dah lama tak berkongsi artikel kesihatan kat sini. Dah hampir 2 bulan rasanya kan. Maaf bebanyak ya. Mood M yang amat besar melanda ibu mengandung ni. Alhamdulillah, kandungan kali kedua ni pun tak banyak kerenahnya berbanding dengan yang pertama. Tak ada alahan yang teruk. Cuma sekarang ni batuk-batuk sahajalah. Saya amalkan memakan minyak Habbatussauda untuk kurangkan batuk dan minum Meal Shake juga ESP untuk tambah tenaga dan kesihatan ibu dan bayi.

Ramai juga kawan-kawan saya yang dah selamat bersalin. Comel-comel semuanya bayi-bayi mereka. Tahniah kawan-kawan! Oklah, hari ni saya nak kongsikan surah-surah pilihan yang boleh diamalkan oleh kita ibu-ibu mengandung di sepanjang kehamilan kita untuk InsyaAllah membentuk anak yang mulia akhlaknya, berbudi pekerti, hensem dan cantik. Serta juga supaya ibu mudah melahirkan dan dapat menghasilkan susu ibu yang banyak nanti, InsyaAllah.


Semoga bermanfaat. Bersama kita amalkan.

Tuesday, April 16, 2013

Ketagih makan uri


Sumber: Berita Harian Online, July 8, 2010

JOHOR BAHRU: Untuk memastikan diri kekal cantik dan awet muda seperti anak dara, ada ibu yang baru melahirkan anak sanggup memakan uri bayi sendiri kerana percaya cara itu paling berkesan untuk memenuhi matlamat mereka.

Wanita lain yang berkongsi kepercayaan sama pula dikatakan sanggup berusaha mendapatkan uri daripada pembekal tertentu bagi membolehkan mereka menjadikan ‘tembuni’ bayi itu sebagai ‘hidangan kesihatan’.

Amalan menjijikkan itu didedahkan seorang tabib Cina di bandar raya ini dan lebih mengejutkan, dia mendakwa sebahagian penggemar uri untuk awet muda terdiri daripada wanita Melayu beragama Islam.

Lelaki berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Sam berkata, uri atau dikenali sebagai plasenta sebelum ini dijadikan sebahagian bahan utama dalam pembuatan kosmetik.

“Tapi kini, mungkin disebabkan ingin mendapatkan kesan lebih hebat dan segera, ada wanita sanggup melakukan perbuatan tidak masuk akal ini. Malah, mereka juga percaya makan uri mampu membekalkan khasiat dan sumber tenaga kepada wanita yang baru bersalin terutama yang melahirkan anak secara pembedahan,” katanya.

Sam berkata, uri adalah ‘sarung’ yang terbentuk dalam rahim ketika kehamilan dengan salur darah dan bersambung dengan bayi menerusi tali pusat itu kebiasaannya ditanam dan diuruskan dengan cara baik.

“Uri bayi suci dan sepatutnya diuruskan dengan baik. Semua agama berkongsi kepercayaan ini,” katanya.

Dia berkata, kebiasaannya uri untuk awet muda itu dijadikan hidangan dalam bentuk sup.

“Selain makan uri ‘segar’ ada segelintir wanita mengeringkan uri berkenaan yang kemudian dijadikan bahan ramuan masakan. Mereka lakukan begitu dengan kepercayaan ia mampu menyeimbangkan hormon dalaman dan merapatkan hubungan ibu dan anak,” katanya.

Menurut Sam, perbuatan itu berlaku mungkin akibat wanita terbabit terlalu terpengaruh teori songsang yang menganggap amalan makan uri baik untuk kecantikan dan kesihatan terutama ibu baru bersalin.

“Mereka juga terpengaruh teori yang menyatakan keberkesanan uri dalam mencantikkan dan menghilangkan kedut di wajah. Bagaimanapun, mereka perlu memikirkan risiko memakannya yang boleh mengakibatkan jangkitan kuman,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Masyarakat dan Kesihatan negeri, Dr Robia Kosai, berkata amalan memakan uri sesuatu yang luar biasa.

Beliau berkata, ini berikutan setiap uri dari ibu bersalin hanya diselaputi darah dengan kebiasaannya uri berkenaan diserahkan pada pasangan selepas kelahiran zuriat untuk ditanam.

“Kebiasaannya orang Islam akan menguruskannya dan bagi pasangan yang tidak membawanya pulang, pihak hospital akan melupuskannya.

“Ia boleh didermakan jika terdapat keperluan perubatan untuk rawatan, tapi amalan memakan uri adalah pelik,” katanya yang menambah pihaknya belum menerima sebarang aduan mengenai perbuatan segelintir wanita memakan uri.

P/S: Sebagai Islam, uruskanlah uri anak anda dengan sebaiknya. Ketahui mengenai pengurusan uri dalam Islam di sini



Dapatkan set pengurusan uri yang ringkas dan mudah - anda tak perlu ke beberapa tempat untuk mendapatkan barang-barang untuk pengurusan uri. Hanya pesan dengan kami dan kami akan hantarkan kepada anda. Semudah itu. Set pengurusan uri yang lengkap. Hanya RM35 (tidak termasuk harga poslaju. Penghantaran percuma di kawasan sekitar Balakong/Serdang/Bangi/Kajang/Putrajaya).

Hubungi kami segera.

Adzah Adam
012-2923 994
adzah.adam@gmail.com

Wednesday, April 10, 2013

PCOS punca gagal hamil


Dipetik daripada arkib Utusan Malaysia 20 November 2011

Sindrom Ovari Polisistik (Polycystic Ovarian Syndrome- PCOS) merupakan gangguan hormon paling tinggi di kalangan wanita yang berada pada peringkat subur. Ia juga menjadi salah satu faktor ketidaksuburan dalam kalangan wanita.

Antara ciri utama PCOS adalah pengovulan (proses bertelur) tidak berlaku atau tiada pengovulan yang tetap pada setiap bulan. Selain itu peningkatan aras hormon androgen (hormon lelaki) yang berlebihan dalam badan wanita turut menjadi punca. PCOS dikenal juga sebagai Sindrom Stein-Leventhal iaitu masalah paling lazim yang menyebabkan seseorang wanita itu gagal hamil, tetapi malangnya sehingga kini tidak banyak yang diperkatakan tentang hal ini. Kajian antarabangsa menunjukkan kira-kira 20 peratus wanita yang berusia lebih daripada 20 tahun mengalami masalah ini, dan lebih daripada 40 peratus wanita yang mempunyai masalah kesuburan adalah disebabkan PCOS.



 Ultrasound PCOS


Gejala
"Gejala sindrom ini berbeza antara wanita yang menghidapinya. Namun, punca sindrom ini masih belum diketahui secara jelas. PCOS boleh menjadi tidak ketara atau ketara dan ia berbeza antara seorang penghidap dengan penghidap yang lain,'' kata Prof. Madya Dr. Nik Hazlina Nik Hussain. Beliau merupakan Penyelaras Unit Perkembangan Kesihatan Wanita (Pakar Obstetrik dan Ginekologi) Pusat Pengajian Sains Perubatan Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, Kelantan.

Menurut Dr. Nik Hazlina, antara yang mungkin berlaku termasuklah kedatangan haid tidak teratur (oligomenorea) dan kadangkala ketiadaan haid (amenorea), bulu roma berlebihan tumbuh di badan (hirsutisme), jerawat yang teruk dan kronik, obesiti, keguguran berulang, kulit menjadi lebih gelap (akantosis nigrikan) dan botak menyerupai lelaki (male baldness). Sindrom ini juga dikaitkan dengan peningkatan risiko mendapat penyakit diabetes melitus, peningkatan aras kolesterol darah dan juga hipertensi. Akhirnya, masalah ini akan meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit jantung atau dikenal juga sebagai penyakit kardiovaskular.

Klasifikasi
Tambah Dr. Nik Hazlina, terdapat beberapa klasifikasi bagi mendiagnosis sindrom ini. Pada 2003, pakar-pakar dari Amerika dan Eropah bersepakat menyatakan bahawa PCOS perlu mempunyai sekurang-kurangnya dua daripada tiga ciri berikut iaitu

  1. Masalah pengovulan, iaitu tempoh kitaran haid yang lama (contohnya kedatangan haid yang tidak tetap, setiap 2 - 3 bulan), tempoh perdarahan yang lama dan perdarahan yang sedikit.
  2. Bukti terdapat kadar hormon lelaki, androgen yang tinggi (sama ada secara kadar biokimia atau secara manifestasi klinikal), iaitu hirsutisme (terdapat bulu tumbuh pada kawasan yang khusus untuk lelaki seperti misai dan janggut), jerawat, kulit yang lebih gelap pada bahagian lipatan (bahagian leher, celah ketiak dan celah paha) dan juga botak di bahagian depan kepala.
  3. Pemeriksaan imbasan ultrabunyi melalui faraj menunjukkan terdapat banyak folikel yang kecil dan tidak membesar secukupnya untuk mengeluarkan ovum dalam proses pengovulan. Klasifikasi yang disebutkan ini juga dikenal sebagai klasifikasi Rotterdam.

Metabolisme rendah
Kebanyakan wanita yang menghidap PCOS mempunyai metabolisme yang rendah sehingga menyebabkan masalah berlebihan berat badan (obesiti), terutamanya di kawasan pinggul. Sebenarnya, PCOS merupakan keadaan yang akan dihadapi sepanjang hidup melibatkan semua peringkat umur, bukan sahaja dalam tempoh masa kesuburan. Rawatan bagi sindrom ini berdasarkan masalah yang dihadapi oleh setiap individu berkenaan.

Rawatan
Rawatan PCOS ini juga bergantung pada usia wanita dan keinginannya untuk hamil. Dr. Nik Hazlina menjelaskan, rawatan penting untuk mengurangkan risiko kanser rahim, terutama jika kitar haidnya terlalu lama dan mengalami perdarahan yang terlalu banyak. Selain itu, penghidap PCOS juga memerlukan rawatan jangka panjang dan motivasi yang tinggi dalam dirinya sendiri.

"Ubat-ubatan sahaja tidak akan membantu penghidap PCOS, malah setiap orang juga perlu berusaha untuk mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat," tambahnya.

Kesuburan
Lebih kurang 80 peratus daripada penghidap PCOS mengalami masalah ketidaksuburan atau dikenal juga sebagai mandul (infertiliti). Tambah Dr. Nik Hazlina, masalah ketidaksuburan memberikan impak fizikal dan sosial kepada pasangan yang mengalaminya, khususnya pihak isteri. Keadaan itu boleh menyebabkan tekanan perasaan, tidak dapat menerima hakikat kekurangan diri, berasa rendah diri, mudah berasa diri dipinggirkan dan suka bersendirian atau memencilkan diri.

"Pada masa ini, terdapat pelbagai kaedah rawatan ketidaksuburan bagi pesakit yang menghidap penyakit ini. Terdapat beberapa faktor mempengaruhi pilihan rawatan yang akan digunakan. Kaedah rawatan yang dipilih biasanya di atas persetujuan pesakit," ujarnya.

Ubat-ubatan
Penggunaan ubatan juga merupakan kaedah untuk merawat masalah ketidaksuburan. Terdapat pelbagai jenis ubatan antaranya Metformin, yang tergolong dalam kumpulan ubat perangsang insulin.Dr. Nik Hazlina menerangkan, ubat ini bertindak dengan mengembalikan kadar insulin daripada aras yang tinggi kepada normal. Namun terdapat kesan sampingan, terutamanya pada peringkat awal pengambilan ubat ini. Antaranya termasuklah loya, cirit-birit dan perut kembung.

Walaupun tiada lagi laporan tentang kesan sampingan ubat ini terhadap kandungan, namun pengambilan ubat hendaklah dihentikan apabila seseorang wanita itu disahkan hamil. "Clomiphene citrate juga merupakan ubat untuk merawat infertiliti. Kajian menunjukkan bahawa gabungan Metformin dan Clomiphene telah menunjukkan kejayaan pengovulan pada 90 peratus penghidap PCOS.

''Ubat ini tidak boleh diberikan lebih daripada 12 kitar haid bagi individu yang tidak pernah hamil kerana risiko mendapat kanser ovari meningkat untuk jangka masa panjang. ''Pengambilan Clomiphene sahaja mencatat kadar pengovulan 70 hingga 80 peratus dan kadar kandungan yang berjaya hamil sebanyak lebih kurang 40 peratus,'' katanya.

Menurut Dr.Nik Hazlina, terdapat juga sebilangan pesakit yang masih tidak berjaya mencapai pengovulan walaupun diberikan Clomiphene sehingga dos maksimum. Keadaan itu dikenali sebagai kerintangan Clomiphene (Clomiphene resistance). Terdapat ubat lain seperti suntikan hormon Gonadotrofin untuk membantu dalam perkembangan ovum. Kaedah ini berkesan tetapi mahal, memakan masa dan memerlukan kepakaran.

" Bagi kaedah suntikan ini, biasanya penghidap PCOS akan menjalani rawatan secara permanian beradas (intrauterine insemination). Peluang untuk hamil bagi setiap pusingan adalah lebih kurang sebanyak 5 hingga 10 peratus sahaja. ''Cara ini disarankan sebanyak tiga hingga empat kali sahaja dan jika masih gagal untuk hamil, maka kaedah seterusnya adalah secara bayi tabung uji atau persenyawaan in-vitro(In-vitro fertilization, IVF) yang mempunyai kadar peratus kejayaan hamil dalam 30 peratus.

Impak sosial
Menurut Dr. Nik Hazlina, rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu sering melihat kebolehan melahirkan anak sebagai salah satu kewajipan selepas berkahwin. "Selepas beberapa tahun berkahwin dan pasangan tersebut masih tidak mempunyai anak boleh menyebabkan masyarakat sekeliling memandang serong dan membuat pelbagai tanggapan negatif. ''Pesakit yang mengalami masalah ketidaksuburan berasa tertekan dan tidak dapat bergaul dengan masyarakat dan boleh membawa kepada pelbagai masalah lain.

''Oleh itu, sokongan keluarga dan masyarakat sekeliling amat penting bagi penghidap PCOS dan pesakit lain yang mengalami masalah ini," ujarnya. Bagi Dr. Nik Hazlina, mentaliti masyarakat perlulah diubah supaya tidak sewenang-wenangnya mengadili orang lain dan menyebarkan pelbagai cerita. Di samping itu, pesakit PCOS juga perlu mengetahui masalah yang dihadapinya supaya dapat diberi rawatan sewajarnya.



Tuesday, April 9, 2013

Sesak nafas (short of breath) ketika mengandung


Semakin meningkat usia kandungan anda, ibu mengandung akan mengalami sesak nafas. Saya sendiri sedang mengalaminya walaupun usia kandungan saya baru mencecah 10 minggu. Rasa macam lepas buat kerja berat, macam lepas berlari 100m je (dengan kepantasan yang sederhana la tapi). Melalui bacaan saya, simptom ini adalah normal bagi ibu mengandung. Tetapi, jangan ambil mudah.

Sesak nafas biasanya bermula sebelum minggu kedua puluh kehamilan dan seterusnya ke trimester ketiga. Ibu akan dapati ibu perlu berehat lebih kerap semasa aktiviti fizikal. Sesak nafas semasa mengandung adalah biasanya ringan dan tidak mengganggu ibu melakukan aktiviti harian seperti biasa.

Apa yang menyebabkan sesak nafas ketika mengandung?
Rahim yang mengembang semasa mengandung memberi tekanan pada diafragma ibu. Tekanan ini menyebabkan paru-paru ibu daripada mengembang sepenuhnya, lalu menyebabkan sesak nafas.

Satu lagi penyumbang kepada sesak nafas dalam kehamilan adalah progesteron. Progesteron adalah hormon yang didapati semasa mengandung. Progesteron mempunyai banyak kesan pada badan ibu dan membantu untuk mengekalkan kehamilan. Ia mempunyai kesan menenangkan pada otot yang membantu untuk mengekalkan rahim daripada kontraksi (contraction). Kesan ini sebenarnya melegakan otot-otot yang menyokong paru-paru. Progesteron juga merubah sensitiviti badan terhadap karbon dioksida. Biasanya apabila ibu bernafas, karbon dioksida meningkat, jadi ibu perlu menyingkirkannya. Jadi kerana badan ibu menjadi lebih sensitif kepada karbon dioksida, ibu akan berasa perlu untuk bernafas bagi mengeluarkan karbon dioksida. Selain itu, ini boleh menyebabkan ibu mengandung merasa semput dan pendek nafas.

Sebab-sebab lain sesak nafas
Sesak nafas boleh disebabkan oleh perkara-perkara lain seperti anemia dan lebih serius penyakit jantung atau penyakit paru-paru. Jika sesak nafas yang ibu alami teruk atau ibu mengalami sakit dada disertai, batuk darah, pening, atau ibu tidak berasa lega daripada gejala-gejala apabila berehat, hubungi doktor kerana ini boleh menjadi sesuatu yang lebih serius.

Apa yang boleh saya lakukan untuk melegakan sesak nafas semasa kehamilan?
Sesak nafas ketika mengandung boleh diatasi dengan berehat. Elakkan penggunaan tenaga yang terlalu banyak. Jadualkan waktu rehat apabila membuat aktiviti fizikal. Elakkan berdiri yang berpanjangan. Berdiri yang berpanjangan boleh menyebabkan ibu berasa sesak nafas dan pening. Gunakan postur yang baik. Duduk tegak boleh membantu paru-paru ibu untuk sepenuhnya berkembang apabila bernafas. Menggunakan bantal untuk meningkatkan diri ibu apabila berehat atau tidur juga boleh membantu.


Sunday, March 31, 2013

Terima kasih semua!


Alhamdulillah, berakhir sudah Fab Baby Bazaar di U8 Space Shah Alam - Eco Mall pertama di Malaysia. Booth empattahun dikunjungi ramai orang yang berminat dengan produk Shaklee untuk pelbagai masalah kesihatan. Terima kasih kami ucapkan atas kunjungan dan sokongan anda semua. Berjumpa lagi di Fab Baby Bazaar seterusnya pada bulan April nanti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...